kerana ini bukan yang terburuk
air telah kering
keringat meruap
dan tangis berbaki
hanya di hati
lumpur yang tertinggal
di ruang tamu rumah
mengingatkan kami
kepada serakah orang siasah
menarah tanah
dengan zikir dan munajat
atau dengan senyum
murah membeli maruah
yang berlalu adalah cerita
yang tertinggal ialah derita
No comments:
Post a Comment