Thursday, December 11, 2014
heinous
dalam kelam
matanya dipejam
supaya dapat dia
memeta malam
dan mencari
titik2 duka silam
sebelum lagi tersesat
dalam kelam
Monday, December 1, 2014
hiatus
pada ketika tertentu
puisi paling bererti
ialah gumpalan aksara2
yg tak pernah
kau atur menjadi
bunyi dan makna
- 1 dis 2014
Monday, November 24, 2014
kau
tiba-tiba pintuku diketuk
angin. dan malam
tersenyum panjang.
saat kolam matamu kutenung
dan jemari kuhulur
meramahi bibirmu
kau menjadi
rama-rama
Wednesday, November 19, 2014
Monday, November 17, 2014
yang (ter)tinggal
dalam diam2
aku mengarang puisi.
sekadar puisi banal.
berkali2 aku mencari
kata pembuka
dan berkali2 juga
angin rakus membawanya
pergi. ungkapan demi ungkapan
ranap bersama rangkap2
di atas pasir
yang melekat pada kaki.
sampah2 dan daun kering
tertawa mengejek.
dan tibalah
hujan dan panah petir
menggegar. aku melihat
beranda tempat kami pernah membunuh sepi
atau mungkin lebih kerap
menjadi ruang aku membenahi mimpi.
pada lantai - ketika ia aku sental - titik2
kumuh membekas jauh
ke dalam. padanya aku melihat
ingkar dan degilku.
tiba2 awan bergulat
di tengah laman. mimpi kami retak
di tengah rumah
dan sepi pun
menjadi abadi
Thursday, November 6, 2014
cerita negeri berjuta langka
ini negara sejuta mungkin.
aksi jijiknya (didakwa)
berlaku ketika kondo
belum siap dibina. liwatnya
diadukan sebelum berlaku.
minyaknya naik ketika emas hitam
dunia turun. kangkungnya
murah semasa
inflasi membarah
ini negara sejuta
peranjat. pesawat udara
hilang entah di mana
secara tiba2. melencong dari
laluannya dilihat saja
dicari ke laut hindi
tidak terjumpa. sedang luka
belum terkatup satu lagi
pesawat udara
berantakan di negeri
atas angin sana
warganya berebut hak elit nama tuhan
gambar berhala dikhuatiri memurtadkan
anak muda berkelahi tentang anjing
ketika solat mata kami meliar
mencari jarum2 halus
pada celah2 permaidani
ini negara
bergunung nadir.
logika ada tapi
entah di mana. mungkin
kejap terkunci dalam
bilik kebal penguasa.
dicurah brim
walau bukan itu
yang diminta
Monday, November 3, 2014
metromorfosilaturax #1
dan dia
terus membunuh
padang yg pernah hijau
dan rimbun ramah ini
dalam bebal tingkah
dan tawa hodohnya.
terus membunuh
padang yg pernah hijau
dan rimbun ramah ini
dalam bebal tingkah
dan tawa hodohnya.
Thursday, October 30, 2014
sebenarnya
semoga sekarang kautahu
bahawa segenggam engganku tadi
adalah segunung mahuku
yang mencapai awan
bahawa segenggam engganku tadi
adalah segunung mahuku
yang mencapai awan
Thursday, January 23, 2014
sehelai surat kepada tuan
salam sejahtera, tuan.
surat ini bukan surat mengundang
perseteruan tapi sekadar makluman
bahawa segalanya tidak ok
sama ada tuan
memang meyakini
kami ok atau tuan memaksa diri tuan
untuk meyakini kami ok.
tuan.
seharusnya surat serahan tangan ini
saya jilidkan
dengan baik dan kemas
agar sekurang-kurangnya
ia mampu menarik minat tuan
membacanya. namun disebabkan saya
tahu tuan amat sibuk dengan hal2 negara
kita
maka surat ini saya taipkan
seringkas mungkin
sehingga ia menjadi cuma sehelai.
tuan, ketahuilah juga bahawa
di setiap aksara yang saya
tuliskan
pada surat ini terkandung
di dalamnya
sepuluh derita.
dan sepatutnya
sudah saya hantarkan
kepada tuan sedekad lalu.
balai derita
jan 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)