Tuesday, October 18, 2011

cinta malam jumaat



ini malam jumaat yang indah
kunanti kau di buku wajah
tetapi mengapa kau masih tak menjengah
apa kau lena dalam mimpi resah

di awal pagi jumaat
ku masih menunggu kau menjengah
dalam kesepian buku wajah
tapi kau masih buat tak endah

**
atau kau sedang mengalun madah
dengan kekasihmu yang lagi satu
dan melupakan seketika
aku yang dihimpit rindu

malam penghulu segala malam
aku terhenyak dalam kelam
apa kau sedar atau pura diam
membakar kisah-kisah silam

akhirnya aku terima hakikat
yang malam ini kau terikat
di dalam dakapan malam pekat
dan aku kau tak mampu ingat


vokal: airmas_sz
ilham lagu: airmas_sz
ilham lirik: kalamutiara
ilham gambar: pelbagai

* as seen on yutiub

No comments:

Post a Comment