Saturday, September 10, 2011

propapakling

ayoh berkata dgn telinga
mari menari dgn lidah
dan berfikir dengan telapak tangan
biar alam tertawan
biar langit merembes hujan
dan kita bahagia dalam kebodohan

ayoh berhujah dengan lutut
mari menjadi pak turut
biar penguasa jadi larut
dan kita kenyangkan perut

ini propaganda
ini propaganda
murahan!

persetankan sejarah silam
kita bina sejarah barukelam
dari runtuhan empayar melaka
kita reka negara liar


ini propaganda
ini propaganda
murahan!

- sajak ini telah dilagukan oleh airmas_sz. kalau mahu tengok, sila klik link ini.

No comments:

Post a Comment