Tuesday, September 13, 2011

demi janji





deru nyeri angin bukit jenalik
pedih terasa menghiris pelipis
wajah resah ayah
dan rusuh hati ibu
menanak nasi di pintu dapur
untuk hidangan pemburu
yang berkeliar di rusuk bilik tidur

dalam mimpi mereka sentiasa
antara benar
semangat
jihad
dan
permainan
manusia dijadikan
bidak-bidak
di petak kuasa

.....

bisik dingin angin subuh
di sungai buloh
adalah perkhabaran perpisahan
antara jasad dan jiwa
antara anak dan keluarga

maka tertunai
janji
mati


4 ogos 2006

sajak ini ditulis - kalau saya tak salah - sehari sebelum mohamed amin mohamed razali - dijemput Maha Pencipta melalui tali gantung.

No comments:

Post a Comment