barangkali kerana
terlalu leka melahap
butir2 pasir di lantai lori
hantu dulu maka kita
menyangka kebaikan dan
pahala adalah sama
seperti butir2 pasir itu juga.
barangkali kerana
terlalu asyik mahsyuk
bercinta dengan harta
maka kita menyangka
kebaikan dan pahala
itu mesti dimiliki seorang-seorang
kerana terlalu tamak
harta maka kita menyangka
pahala juga akan susut
jika dilakukan orang
selain kita
dan kita rela menyorok
kebenaran di celah
paha yang berkudis.
kangkangkan luas-luas dukacita itu
ReplyDeletebiar mengalir nanah rasa
di celah paha
yang selalu sangat
menyimpan rahsia
..tempah papan tanda fasal pasir, tegakkan sepanjang jalan di Selangor
kudis, kudis pun, sajak demo sedap sokmo! :)
ReplyDelete